Skip to main content
Media Statement 29 April 2024

PKRM DAN PKMC (PUTRAJAYA) KOMITED MEMBANTU RAKYAT DIBAWAH INISIATIF BKRRM

By System Administrator

SIARAN MEDIA / MEDIA RELEASE

PKRM DAN PKMC (PUTRAJAYA) KOMITED MEMBANTU RAKYAT DIBAWAH INISIATIF BKRRM

Kuala Lumpur -ย Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM)ย berkomited denganย Pejabat Kebajikan Masyarakat (PKMC) Putrajaya.ย Penyerahan Bantuan Kerusi Roda di buat di Pejabat PKRM melalui Ketua Pegawai Perhubungan Awam Pn Mastura binti Umar Baki kepada En Hafiz dan wakil daripada PKMC- Putrajaya. Fasa ini PKRM bersetuju membantu 5ย (LIMA) penerima yang disetujui Bersama oleh PKMC iaitu Pn Esah binti Awang, En Wan Hailmey bin Mahrawi, En Sheikh Feruq bin Sheikh Yaโ€™karim, Pn Esah binti T.Mohamad dan Pn Mariam binti Darus.

Inisiatif ini dilaksanakan dibawah programย โ€œ BANTUAN KERUSI RODA RAKYAT MALAYSIA (BKRRM)โ€ย tanpa mengira kaum , agama dan bangsa. Kami sangat mengalu-alukan Kerjasama daripada setiap agensi kerajaan , swasa , individu yang berkebolehan dalam membantu golongan yang memerlukan melalui program ini.

Untuk makluman semua, PKRM tidak berhenti dalam membantu golongan yang memerlukan sumbangan apabila individu tersebut terpaksa bergantung keperluan kerusi roda di atas sebab kemalangan , penyakit kronik dan sakit tua. PKRM sedia membantu golongan ini dengan syarat mendapatkan surat pengesahan daripada pejabat JKM dan menghantarkan permohonan ini ke pejabat PKRM.

Kami menyeru pemohon yang memerlukan bantuan boleh berhubung terus dengan pejabat JKM berdekatan dan membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan kerusi roda dibawah inisiatif BKRRM.

Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha murni ini supaya edaran bantuan ini sedikit sebanyak membantu pergerakan individu kurang upaya. Bagi penaja - penaja yang sudi menjalin kerjasama dibawah program ini boleh berhubung dengan PKRM di talian 03-21611999,03-21644999 atau emel: urusetia@rakyatmalaysia.org.my.

Untuk maklumkan , setiap sumbangan yang diterima adalah layak untuk pengecualian cukai( Taxย Exempted). Sumbangan boleh dibuat di atas namaย " Bantuan Kerusi Roda Rakyat Malaysia (BKRRM)"ย A/C Maybank : 5145 4313 4937 . Sumbangan Tunai adalah tidak digalakan.

Disediakan Oleh:

HAJI ISMA ZAIMEI BIN ISHAK

Naib Pengerusi

Kuala lumpur

28 April 2021

Emel:Isma.zaimei@rakyatmalaysia.org.my

Share:
Ecosystem Network

PKRM Works With

Backed by government agencies, corporate sponsors, and verified partners nationwide.

Kementerian Kesihatan Malaysia
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Perpaduan Negara
RELA
Jabatan Perdana Menteri
KPWKM
Jabatan Pembangunan Wanita
Jabatan Pengangkutan Jalan
PUSPANITA
Malaysia Book of Records
Kementerian Kesihatan Malaysia
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Perpaduan Negara
RELA
Jabatan Perdana Menteri
KPWKM
Jabatan Pembangunan Wanita
Jabatan Pengangkutan Jalan
PUSPANITA
Malaysia Book of Records
Official partners in Malaysia's welfare & healthcare ecosystem