PKRM

Keahlian PKRM

KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA / YBHG TAN SRI / DATUK SERI/ DATUK/DATIN/ TUAN/PUAN

PROGRAM MENDAFTAR AHLI KEHORMAT / SEUMUR HIDUP

Dengan segala hormatnya kami merujuk perkara tersebut diatas.

2. Sukacita diumumkan bahawa PKRM kini membuka platform kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai Ahli Kehormat (Yuran RM 100) / Ahli Kehormat Seumur Hidup (Yuran RM200) dalam usaha merapatkan hubungan silaturahim dikalangan seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dinegara kita.

3. Sehubungan dengan itu, selaku agen penggerak perpaduan dan kebajikan kami menyeru semua pihak termasuk orang ramai, pihak swasta dan agensi kerajaan tampil memberikan kerjasama untuk memastikan objektif kerajaan tercapai sepenuhnya. Kami menjemput semua rakyat Malaysia yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Iban , Murut, Melanau, Orang Asal atau mana-mana etnik yang bergelar warganegara Malaysia dijemput mendaftar sebagai Ahli Persatuan sambil kita menjamin kesejahteraan rakyat dan Negara sambil menghayati Rukun Negara.

4. Kami berharap, melalui usaha program kehalian ini kita dapat mengekalkan keharmonian serta mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan perlembangan persekatuan. Segala pembayaran yuran pendaftaran menjadi ahli layak untuk menerima resit pengecualian cukai.

Pelantikan Khas “Ahli Kehormat PKRM” adalah merupakan pelantikan yang dianugerahkan secara eksklusif kepada individu yang memenuhi kelayakan dan terpilih sama ada dari kalangan Pegawai Kerajaan, Korporat, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Swasta, Aktivis Masyarakat, Ahli Perniagaan serta orang awam yang terpilih akan menerima watikah perlantikan khas tersebut daripada Pengerusi PKRM.

Penganugerahan Pelantikan Khas “Ahli Kehormat PKRM” ini adalah sebagai tanda penghargaan dan penghormatan daripada Jawatankuasa Tertinggi PKRM di atas jasa dan budi prihatin serta sokongan dan sumbangan bakti dalam membantu PKRM untuk merealisasikan matlamat dan objektif khususnya dalam menjayakan hal ehwal kebajikan rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik amnya.

Calon yang terpilih untuk dianugerahkan Pelantikan Khas ini mestilah terdiri daripada individu yang telah banyak berjasa serta prihatin terhadap hal ehwal kebajikan masyarakat serta bersih daripada sebarang aktiviti jenayah atau kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Pelantikan Khas ini akan diperakui sah untuk suatu tempoh tertentu tertakluk kepada pertimbangan Jawatankuasa Tertinggi PKRM. Kategori pelantikan pula berdasarkan kepada nilai tajaan/sumbangan yang telah dibuat terutamanya dalam program-prpogram anjuran PKRM yang bertujuan untuk kebajikan rakyat Malaysia dan pembangunan masa depan pertubuhan.

Berikut adalah kategori keahlian PKRM dan pendaftaran online serta bayaran boleh dibuat terus dari laman web rasmi ini. Sila klik butang yang berkaitan.

1. AHLI KEHORMAT

2. AHLI SEUMUR HIDUP