image
Asked Questions

Anda mempunyai sebarang Persoalan di Fikiran !

1. APAKAH TUGASAN UTAMA PKRM ?
PKRM ditubuh khas untuk membantu , menjalin usahasama dengan NGO, Badan Sukarelawan , Agensi Kerajaan untuk melengkapkan pelbagai tugasan kebajikan khususnya dalam usaha membantu rakyat miskin / B40 yang memerlukan bantuan dan perhatian tanpa dikira status , agama , keturunan dan bangsa.
2. BILAKAH PKRM DIILHAMKAN ?
Penubuhan PKRM adalah diluluskan oleh mantan Perdana Menteri Ke 6 dibawah payung Gagasan 1 Malaysia pada tahun 2013 dan diteruskan untuk membantu segala usaha-usaha kebajikan untuk masyarakat Malaysia sambil membantu Kerajaan merealisasi agenda DasarPerpaduan Negara dan Malaysia MADANI.
3. APAKAH OBJEKTIF PKRM ?
Bertanggungjawab membantu Kerajaan dalam mengutamakan kebajikan individu – individu OKU, pesakit-pesakit kronik, keluarga/individu fakir miskin dan mewujudkan platform untuk membantu dan meringankan/membasmikan kemiskinan rakyat demi menjamin Kesejahteraan Rakyat Malaysia.
4. BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU PKRM ?
Bagi membantu golongan rentan Malaysia, PKRM memperkenalkan pelbagai program dari masa ke semasa. Antaranya adalah program keahlian PKRM dan Program memberikan sumbangan ke Tabung Kebajikan yang diilhamkan oleh PKRM. Usaha membantu dengan menyumbang samada dalam bentuk tenaga dan kewangan dapat membolehkan kami terus mencapai objektif dan membantu golongan rentan yang kurang bernasib baik dengan menjamin kesejahteraan hidup yang lebih sejahtera dan mencukupi.
5. BAGAIMANA UNTUK KITA SERTAI SETIAP PROGRAM PKRM ?
Ikuti perkembangan program CSR PKRM di platform media sosial rasmi untuk info lanjut dan mendaftar sebagai ahli persatuan di laman sesawang yang disediakan.
6. ADA TAK SETIAP SUMBANGAN KEWANGAN KEPADA PKRM LAYAK UNTUK MENDAPAT PELEPASAN CUKAI / TAX EXEMPTED ?
Semua sumbangan kewangan yang diterima oleh PKRM layak untuk mendapat potongan Di Bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967: LHDN.01/35/42/51/179-6.7798. Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi kami ditalian 603-21611999.