PKRM Rakan Strategik
Percetakan dan Penerbitan Buku Cegah Jenayah Scam
Program Kempen Kesedaran & Advokasi Mengenai HIV & AIDS
Agihan Bantuan Kepada Pesara-pesara Polis Diraja Malaysia Melalui Skim BKRRM
Program Kebajikan Bersama Rumah Anak Yatim
Sekitar Program Lawatan Pemberian Bantuan Kerusi Roda
Penerbitan Khas PKRM
Program Bantuan Bakul Makanan
Program Jalinan Kerjasama Kebajikan CSR
Program Ziarah Kebajikan PDRM & MCPF
previous arrow
next arrow
PKRM Rakan Strategik
Percetakan dan Penerbitan Buku Cegah Jenayah Scam
Program Kempen Kesedaran & Advokasi Mengenai HIV & AIDS
Agihan Bantuan Kepada Pesara-pesara Polis Diraja Malaysia Melalui Skim BKRRM
Program Kebajikan Bersama Rumah Anak Yatim
Sekitar Program Lawatan Pemberian Bantuan Kerusi Roda
Penerbitan Khas PKRM
Program Bantuan Bakul Makanan
Program Jalinan Kerjasama Kebajikan CSR
Program Ziarah Kebajikan PDRM & MCPF
previous arrow
next arrow

Selamat Datang

ke Laman Portal Rasmi Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia
Nombor Daftar Pertubuhan : PPM005-14-18112013
No Permit Penerbitan Kementerian Dalam Negeri
PP19504/08/2019(035104)
PKRM

SEMUA KANDUNGAN DALAM PORTAL INI HAKCIPTA TERPELIHARA

PERSATUAN KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA (PKRM) adalah sebuah pertubuhan kebangsaan yang menjalankan sebahagian tugasan Kerajaan dalam menjaga kebajikan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

PKRM bertanggungjawab untuk membina Negara berteraskan prinsip-prinsip yang berteraskan kepada perjanjian Kerajaan demi meringankan beban rakyat dan memberikan pelbagai kelebihan serta bantuan tanpa mengira status, ras dan agama demi mencapai matlamat yang diukirkan oleh YAB Perdana Menteri.

11 tahun
Penubuhan & Operasi
8000 ++
Ahli
820 unit
Bantuan Kerusi Roda
93 ++
Program

Kata-kata Aluan

Pengarah, Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH), Kementerian Kesihatan Malaysia

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM) serta seluruh pasukan kerjanya atas inisiatif murni dalam melaksanakan program intervensi mengenai keselamatan dalam talian dan kesihatan mental dalam kalangan remaja di Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia amat menyokong usaha murni ini bersama penganjur. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan syabas kepada PKRM atas dedikasi dan komitmen dalam menganjurkan program ini demi kesejahteraan rakyat Malaysia. Semoga usaha ini terus memberi impak positif kepada masyarakat kita."

Menteri Perladangan dan Komoditi

“Saya mengucapkan terima kasih dan juga tahniah kepada Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM) dan seluruh anggota kerjanya dalam menyalurkan bantuan kerusi roda kepada individu yang kurang upaya serta yang amat memerlukan. Saya juga sentiasa menghargai sumbangan PKRM yang membantu pemohon sumbangan BKRRM ini tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang dengan kerjasama JKM."

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (WILAYAH PERSEKUTUAN)

“Saya dimaklumkan, PKRM akan menerbitkan sebuah Buletin Khas berbentuk manual HIV/AIDS sebagai wadah ilmu yang sangat bermanfaat kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga ianya dapat dijadikan rujukan serta panduan kepada kepimpinan semua lapisan agama dan bangsa menangani HIV/AIDS. Tinggi harapan saya agar penerbitan ini juga akan mengubah pandangan, stigma dan diskriminasi kepada kumpulan terpinggir yang dahagakan bimbingan kerohanian serta bantuan kebaikan."