Skip to main content
Media Statement 29 August 2021

KONSEP KELUARGA MALAYSIA DISOKONG OLEH RAKYAT MALAYSIA

By System Administrator

SIARAN MEDIA / MEDIA RELEASE

KONSEP KELUARGA MALAYSIA DISOKONG OLEH RAKYAT MALAYSIA

Kuala Lumpur 27 Ogos 2021 – Pengerusi Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia YH Penolong Pesuruhjaya Kanan RELA Dato’ Ranjith , mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dalam mewujudkan platform Keluarga Malaysia dalam usaha merapatkan lagi hubungan silaturahim dikalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa.

 

PKRM menyambut baik dan bersedia membantu dan memperhebatkan lagi agenda YAB Perdana Menteri untuk seluruh rakyat Malaysia.

 

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan yang ke 64 Tahun Ini, Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia turut membuat agihan bantuan kerusi roda kepada beberapa individu yang memerlukannya dibawah program Bantuan Kerusi Roda Rakyat Malaysia (BKRRM).

 

Sumbangan diterima oleh Encik Gengadaran Muniandy, Encik Kamarudin Mahadi , En Arif bin Othman berupa kerusi roda bagi meringankan beban yang mereka hadapi. Sumbangan ini adalah salah satu inisiatif untuk menjaga dan mendahulukan kebajikan dan kesejahteraan Rakyat Malaysia. 

 

Penyerahan bantuan dilaksanakan oleh Pn Mastura binti Umar Baki , Penolong Bendahari Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia Bersama Pn Siti Zulaiha Roslan Chew , Ketua Pegawai Perhubungan Awam. Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja-penaja yang tampil memberikan Kerjasama dan bantuan yang diperlukan dalam elemen mendahulukan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

 

Sebagai menghayati dan menyemarakkan semangat kemerdekaan dengan titik penyatuan dikalangan masyarakat yang berbilang kaum dibawah aspirasi Keluarga Malaysia, PKRM menawarkan 500 Polisi insuran kemalangan bernilai RM 10,000 setiap satu polisi PERCUMA kepada ahli-ahli Persatuan yang berjaya berdaftar sepanjang tahun ini . Untuk makluman , kami juga telah menaja 200 Polisi untuk Anggota bertugas RELA/ Keluarga Daerah Cheras Kuala Lumpur. Kepada yang berminat mendaftar sebagai ahli, sila layari laman web www.rakyatmalaysia.org.my.

 

Sekian,Terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“RAKYAT DIDAHULUKAN, KESEJAHTERAAN DIUTAMAKAN”

Disediakan Oleh

Pusat Media Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia

29 Ogos 2021

E: urusetia@rakyatmalaysia.org.my

Share:
Ecosystem Network

PKRM Works With

Backed by government agencies, corporate sponsors, and verified partners nationwide.

Kementerian Kesihatan Malaysia
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Perpaduan Negara
RELA
Jabatan Perdana Menteri
KPWKM
Jabatan Pembangunan Wanita
Jabatan Pengangkutan Jalan
PUSPANITA
Malaysia Book of Records
Kementerian Kesihatan Malaysia
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Perpaduan Negara
RELA
Jabatan Perdana Menteri
KPWKM
Jabatan Pembangunan Wanita
Jabatan Pengangkutan Jalan
PUSPANITA
Malaysia Book of Records
Official partners in Malaysia's welfare & healthcare ecosystem