• August 17, 2021
  • Comments Off on RAKYAT DIDAHULUKAN, KESEJAHTERAAN DIUTAMAKAN

SIARAN MEDIA / MEDIA RELEASE

RAKYAT DIDAHULUKAN, KESEJAHTERAAN DIUTAMAKAN

Kuala Lumpur 17 Ogos 2021 – Negara kita kini berada dalam kemelut politik yang membimbangkan apatah lagi Ketika kita masih berdepan dengan situasi mencari jalan selesai untuk pulih daripada penularan wabak virus COVID19. Semalan mantan Perdana Menteri Tan Sri Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin telah mengumumkan perletakan jawatan beliau dan membubarkan Kabinet Perikatan Nasional.

Sebagai sebuah Pertubuhan yang menyuarakan suara rakyat Malaysia yang dikasihi, kami secara rasmi ingin menggucapkan terima kasih kepada pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional di atas usaha dalam menanggani pandemik sejak tahun lepas lagi.

Sebagai usaha mendahulukan kesejahteraan dan kebajikan rakyat Malaysia, kami memohon agar seluruh rakyat Malaysia untuk terus menyatukan perpaduan dan memberikan sedikit masa kepada Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong dalam menentukan pelantikan Kerajaan Baharu . 

Kami faham keresahan segelintir masyarakat diluar sana yang masih bimbang akan kepastian sistem kesihatan apabila kes COVID 19 masih berada di paras yang membimbangkan , walaubagaimanapun sepertimana yang dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara YBhg Tan Sri Dato' Seri Zuki bin Ali , Sistem Kerajaan dalam menguruskan pentadbiran dan hal ehwal Kerajaan masih kekal berterusan seperti biasa tanpa sebarang halangan.

Saya selaku Pengerusi Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia dan Penasihat , Jabatan Sukarelawan Malaysia WPKL (Pandan) ingin meminta seluruh Rakyat Malaysia terus sedia berikan mandat kepada keputusan yang akan diumumkan dalam masa terdekat dalam penubuhan sebuah Kerajaan yang stabil untuk terus memberikan perkhidmatan yang diperlukan sehingga  ke PRU akan datang. 

Saya ingin mengingatkan kepada semua pihak untuk terus memberikan fokus dalam menangani perang COVID 19 dan teruskan usaha-usaha dalam mendepani pandemik dan keputusan imuniti kelompok juga akan membolehkan kita memfokuskan kepada proses pembukaan sektor ekonomi yang mampu memberikan kelegaan untuk pengusaha-pengusaha Kembali meneruskan aktiviti seperti biasa.

Kami di Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia tidak sama sekali kompromi dengan mana-mana pihak jika kesejahteraan dan kebajikan rakyat Malaysia diusir atau dipinggirkan oleh mana-mana pihak. saya dan entera jawatankuasa kami yang komited beraam Kerajaan sentiasa akan memberikan perkhidmatan yang terbaik hasil daripada komitmen Kerajaan supaya sebahagian tugasan Kerajaan dipikul untuk kebaikan bersama. Sebagai Rakan Perpaduan dibawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Jabatan Perdana Menteri kami sentiasa mendepankan halatuju "Perpaduan" dalam apa dua keadaan dan memberikan fokus utama dalam perlembangan Kerajaan dan Rukun Negara.

Demi kepentingan rakyat dan negara marilah kita semua lapisan masyarakat Malaysia tidak mengira kaum ,agama , status dan bangsa tampil komited dan saling hormat menghormati antara satu sama lain serta mengharapkan kepimpinan baharu yang baik dalam menjayakan urusan-urusan Kerajaan dilaksanakan dengan penuh baiknya.

Justeru itu, kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia mengenepikan segala perbezaan dan teruskan perjuangan untuk masa depan negara dan kesejahteraan keluarga.

YH Penolong Pesuruhjaya Kanan RELA (K) Dato' Ranjith

Pengerusi, Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia

Penasihat, Jabatan Sukarelawan Malaysia WPKL- Pandan- Kementerian Dalam Negeri

Ahli Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)

E: pengerusi@rakyatmalaysia.org.my

T:03-21611999 Setiausaha Akhbar Siti Zulaiha Roslan Chew 017-926 8186 

Posted in
Kenyataan Media