• June 14, 2019
  • Comments Off on PROGRAM CEGAH JENAYAH SCAM DENGAN KERJASAMA PDRM, RELA DAN KDN

SIARAN MEDIA / MEDIA RELEASE

PROGRAM CEGAH JENAYAH SCAM DENGAN KERJASAMA PDRM, RELA DAN KDN

PRESS RELEASE BY PKRM CHAIRMAN

Putrajaya - Kempen Kesedaran Jenayah Scam merupakan program bersiri khas untuk semua lapisan masyarakat yang dianjurkan oleh Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia. Kempen ini merupakan salah satu langkah proaktif demi meningkatkan kesedaran jenayah scam dalam kalangan masyarakat dan juga membantu mereka dengan memberikan pemahaman tentang jenayah dan modus operandi jenayah scam dan seterusnya membantu mereka untuk mengelak daripada menjadi mangsa jenayah komersil (scam).

Justeru, kempen kesedaran jenayah akan diadakan di seluruh Malaysia. Dalam kempen kesedaran jenayah scam ini, beberapa penceramah bertauliah yang mempunyai latar belakang kriminologi dan jenayah akan dilantik. Dalam kempen ini, beberapa informasi dan tips berkaitanscam akan disalurkan kepada para peserta dalam bentuk demo, psikodrama, visual, dan verbal; dan akan disampaikan dalam cara yang santai agar dapat menarik perhatian para peserta dan mudah untuk difahami. Kempen ini akan memfokuskan beberapa bentuk scam iaitu:

  • Macau scam
  • Parcel scam
  •  Kredit card scam
  • Insurance scam
  • Love scam

Disediakan Bhg Media PKRM

12 Jun 2019

Dalam kempen kesedaran ini, setiap aspek di atas akan dikupas dari perspektif kriminologi dan akan disampaikan dengan cara santai agar mudah difahami oleh para peserta. Beberapa kajian kes juga akan dikongsikan bersama peserta untuk meningkatkan pemahaman tentang scam ini. Para peserta juga akan diajar tentang tips-tips keselamatan dan langkah proaktif yang boleh dipraktikkan untuk mengelak menjadi mangsa jenayah scam seperti yang disenaraikan di atas. Pihak penganjur berharap kempen ini boleh dijadikan sebagai salah satu garis panduan kepada masyarakat Malaysia agar lebih berhati-hati dan tidak memberi peluang untuk sesuatu scam berlaku. PKRM telah melantik speaker dan pensyarah kanan kriminilogi Dr Mohammad Rahim Kamaluddin untuk melaksanakan program jelajah ke setiap negeri diringi bersama pegawai perhubungan awan dari PKRM, PDRM,RELA dan KDN (Kementerian Dalam Negeri). Program ini juga akan turut disertai bersama oleh syarikat-syarikat korporat yang mengambil bahagian. Untuk mengetahui lebih lanjut sila hubungi kami ditalian 03-8861 7557 atau emel urusetia@rakyatmalaysia.org.my.

Posted in
Kenyataan Media