SERI KEMBANGAN 8 Mei 2019 : Lebih 30 penghuni Rumah Bakti Al Kausar beramah mesra dengan anggota-anggota PKRM di sini, hari ini.
Pada majlis itu, Ketua Pegawai Perhubungan Awam PKRM Puan Nur Shaqhiroh Hussin , Bersama Matura Umar Baki dan Sitti Faisah turut hadir Bersama bagi mengerat hubungan. Jurucakap PKRM berkata akan menganjurkan majlis berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan dan dijadualkan 5-8 rumah kabajikan akan dijemput untuk program ini.
Turut hadir, Setiausaha PKRM Pn Jeya. Sepanjang program dijalankan PKRM juga membuat edaran duit raya dan cenderahati kepada penghuni rumah kebajikan tersebut. PKRM menyediakan hidangan khas citarasa Nyonya. Bagi rumah kebajikan yang ingin berbuka puasa bersama kami sila hubungi talian 03-2164 4999 Cik Mastura Umar Baki.
Sekian,terima kasih