PKRM

Pengenalan

PERSATUAN KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA (PKRM) adalah sebuah pertubuhan kebangsaan yang yang ditubuhkan sejah tahun 2013 aktif menjalankan pelbagai aktiviti dan melengkapkan sebahagian tugasan Kerajaan dalam menjaga hal ehwal kebajikan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Definisi

PKRM merupakan sebuah pertubuhan khas yang aktif dalam usaha membantu dan mengubah Malaysia menjadi negara yang lebih makmur dan maju berteraskan kepada Kesejahteraan ekonomi, sosial dan kelestarian alam melalui budaya ilmu dan kepelbagaian pandangan.

PKRM bertanggungjawab untuk membina Negara berteraskan prinsip-prinsip kepada perjanjian Kerajaan demi meringankan beban rakyat dan memberikan pelbagai kelebihan serta bantuan tanpa mengira status, ras dan agama demi mencapai matlamat yang diukirkan oleh YAB Perdana Menteri.

PKRM berharap untuk mendapatkan sokongan daripada setiap pihak supaya kita dapat berganding bahu dan bersama-sama memberikan fokus kepada keharmonian rakyat dan memperkasakan lagi segala perkara berkaitan kemasyarakatan dan membina Malaysia yang inklusif serta gemiliang di persada dunia.

PKRM juga merupakan Rakan Perpaduan berdaftar di bawah Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) Kementerian Perpaduan yang memberikan penekanan ke atas perpaduan rakyat Malaysia.

Selain itu, PKRM juga merupakan Rakan Strategik dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dibawah program Mycorporate Care - Kementerian Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat serta terlibat dalam Skuad Sukarelawan JPJ Kementerian Pengangkutan Malaysia.