Merujuk kepada perkara tersebut diatas Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM) dengan sokongan Kerajaan berharap untuk memberikan bantuan sejumlah 1200 unit kerusi roda untuk diagihkan kepada pesakit-pesakit kronik, OKU dan warga emas yang memerlukan bantuan.
Selaras dengan kehendak YAB Perdana Menteri, PKRM akan berkerjasama dengan beberapa pihak untuk menjayakan hasrat program ini supaya ianya Berjaya. Sektor Korporat turut memainkan peranan tanggungjawab CSR dengan mengambil bahagian sebagai penaja.
PKRM kini berkerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan mengenalpastikan penerima-penerima yang layak dan diluluskan bagi tujuan penerimaan sumbangan BKRRM.
Keprihatinan kerajaan ini adalah bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terjamin dalam mengurangkan beban kepada rakyat terutamanya kumpulan B40. Edaran kerusi roda ini mampu membantu mereka yang memerlukan.
Justeru, PKRM mendukung aspirasi kerajaan dalam merakyatkan perkhidmatan kepada semua tanpa mengira ras, status , agama dan keturunan.
5 Apr 2019
Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik,
Ibu Pejabat,
Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM)