23 May 2019 - Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM) menganjurkan program berbuka puasa bersama anak-anak istimewa dari rumah Kebajikan Baitul Barakah. Program diadakan di Restoran terkenal dengan masakan tradisi ala nyonya “ Nyonya Tingkat”.
Iftar Bersama Anak-Anak Yatim ini adalah bertujuan untuk meraikan kemeriahan Ramadhan bersama anak-anak yatim untuk memberi kegembiraan kepada mereka disamping dapat mendekatkan jurang antara anak yatim dan orang ramai.
Bukan itu sahaja, program ini dapat memberi peluang kepada orang ramai untuk melakukan amal jariah di bulan Ramadhan.
Tahun ini PKRM telah Berjaya melaksanakan program ITFAR Bersama 4 rumah kebajikan dan anak yatim dan berharap program yang lebih meluas dapat dilaksanakan sepanjang tahun dalam hal ehwal kebajikan
“ Semoga Allah meletakkan setiap sen yang dihulurkan bagi membantu anak-anak yatim, ditambah pula dibulan Ramadhan yang mulia akan diganjari dengan sebaiknya. Insya Allah akan sama-sama kita tuai hasilkan di akhirat kelak. Amin”
Program dilaksanakan Bersama Pegawai Perhubungan diwakili oleh Cik Mastura Umar Baki dan Pn Sitti Faisah Akmador. PKRM berharap program seperti ini dapat diamalkan oleh semua NGO-NGO sebagai program CSR yang membolehkan kita beramah mesra dengan berkongsikan perasaan manis dan pahit . PKRM juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam .