- October 12, 2019
- Comments Off on 14 HOSPITAL KERAJAAN SABAH AKAN MENERIMA MANFAAT MELALUI SKIM BKRRM
SIARAN MEDIA / MEDIA RELEASE
14 HOSPITAL KERAJAAN SABAH AKAN MENERIMA MANFAAT MELALUI SKIM BKRRM
11 OKTOBER 2019 PUTRAJAYA- Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM) telah memperolehi sokongan dan kerjasama daripada Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah YB Datuk Poon Ming Fung @ Frankie.
YB Menyokong hasrat dan usaha program ini yang membuka ruang kepada rakyat mendapatkan bantuan yang memberikan peluang kepada rakyat menjalani kehidupan seharian mereka tanpa terbatas.
Program Bantuan Kerusi Roda Rakyat Malaysia (BKRRM) adalah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh PKRM dan program ini disokong sepenuhnya oleh Kerajaan dan Perdana Menteri Malaysia YAB Tun Dr Mahathir Mohammed.
Menurut Pengerusi PKRM, melalui program BKRRM dengan kerjasama YB Menteri pemberian bantuan ini akan disalurkan melalui 14 Hospital Kerajaan iaitu Hospital Beaufort, Hospital Keningau, Hospital Kota Belud,Hospital Mesra Bukit Padang, Hospital Queens Elizabeth, Hospital Queens Elizabeth II, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Hospital Kota Marudu, Hospital Kuala Penyu, Hospital Lahad Datu, Hospital Pitas, Hospital Duchess Of Kent, Hospital Tawau dan Hospital Tuaran.
Pemohon boleh menghubungi pihak hospital tersebut di atas untuk kelulusan dan urusan permohonan. Bagi memudahkan lagi permohonan ini juga disediakan melalui laman sesawang online www.rakyatmalaysia.org.my .
Bantuan ini merupakan inisiatif jangkauan komuniti yang komprehensif dan berkembang yang memberi tumpuan kepada membawa kehidupan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia dengan memperkasakan mereka mencapai keselamatan seumur hidup selain menjalani hidup lebih sihat.
Tamat.
Disediakan Oleh
Isma Zaimei bin Ishak
Naib Pengerusi
T:03-88617557
E: isma.zaimei@rakyatmalaysia.org.my